قَالَ اللهُ تَعَالَى
قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِى يُحْبِبْكُمُ اللهُ
Ertinya: Katakanlah wahai Muhammad (kepada mereka), “Jika kamu kasih kepada Allah, maka ikutlah aku nescaya Allah akan kasih kepadamu”.
Surah Ali-Imran – ayat 31.
Ketahuilah sesiapa yang kasih kepada sesuatu nescaya ia akan mendahulukannya lebih daripada dirinya sendiri dan mendahulukan supaya muafakat dengannya di atas menyalahinya, dan jika tidak demikian nescaya adalah kasihnya itu dusta semata-mata dan dakwa belaka. Maka seseorang yang benar pada kasih kepada Nabi s.a.w akan zahirlah beberapa tanda:-
1- Mengikuti pada cara hidupnya dan mengamalkan sunnahnya serta ittiba’ (mengikut) perkataan-perkataannya dan perbuatan-perbuatannya pada segenap urusan serta menjunjung segala perintahnya dan menjauhi larangan-larangannya dan beradab dengan adab-adabnya pada waktu susah dan senangnya, pada waktu rajin dan bencinya.
2- Seseorang itu akan mengutamakan perintah Nabi s.a.w dan galakkan Nabi di atas keinginan nafsunya dan syahwatnya.
3- Kemarahannya terhadap orang lain semata-mata mencari keredhoan Allah Taala, bukan sebab dirinya.
2- Seseorang itu akan mengutamakan perintah Nabi s.a.w dan galakkan Nabi di atas keinginan nafsunya dan syahwatnya.
3- Kemarahannya terhadap orang lain semata-mata mencari keredhoan Allah Taala, bukan sebab dirinya.
4- Banyak menyebut Nabi s.a.w dalam segala keadaan dan waktu kerana seseorang yang kasihkan sesuatu nescaya banyak menyebutnya.
5- Merasai sangat rindu untuk bertemu Nabi s.a.w, kerana tiap-tiap kekasih pasti rindu bertemu dengan kekasihnya.
6- Membesarkan bagi dirinya (Nabi s.a.w) atau perintahnya ketika menyebutnya (berselawat padanya) dan menzahirkan rendah diri dan luluh hati, gementar serta menangis ketika mendengar nama Nabi s.a.w disebut.
8- Merasa benci kepada orang yang membenci dan menyakiti Nabi s.a.w.
9-Kasih kepada Al-Quran yang telah dibawa oleh Nabi s.a.w kerana Nabi s.a.w memberi petunjuk dengannya dan dapat petunjuk melaluinya dan berperangai dengannya sepertimana kata Saidatina Aisyah r.a “Akhlak Rasulullah itu Al-Quran”.
**Terjemahan daripada kitab Asy-syifa' - karangan Qadhi Iyadh


