KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Sabtu, 26 April 2008

HUKUM MENGQADHA SEMBAHYANG





Hukum mengqadha sembahyang fard
hu yang luput dengan sengaja atau tidak sengaja adalah WAJIB atas tiap-tiap mukallaf (baligh & berakal) dengan berdalilkan:


1- Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

عن جابر رضى اللهُ عنه ان عمر بن الخطاب جاء يوم الخندقِ

بعد ما غربت الشمس فجعل يسب كفار قريش

قال يا رسول الله ما كنت اصلى العصر حتى كَادت الشمس تغرب

قَال النبي صلى اللهُ عليه وسلم :

والله ما صليتها فقمنا الى بطحاناَ فتوضأ للصلاة وتوضأنا لها

فصلى العصر بعد ما غربت الشمس ثم صلى بعدها المغرب


Ertinya: Dari Jabir bin Abdillah, beliau berkata:

Bahawasa Saidina Omar r.a datang kepada Rasulullah s.a.w pada ketika peperangan Khandak sesudah terbenam matahari sambil memaki hamun kafir Quraisy dan berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah!!, saya tidak sembahyang asar sehingga hampir terbenam matahari”. Maka Nabi menjawab, “Demi Allah saya juga belum sembahyang asar”. (Berkata Jabir), “Maka kami semuanya berangkat ke Bathan, maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula. Lalu Nabi sembahyang asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah Nabi sembahyang maghrib”.


Ulasan:

Jelas di fahamkan daripada hadis ini,

  • Nabi mengqadha sembahyangnya kerana sibuk berperang, bukan kerana lupa atau tertidur yakni Nabi dan para sahabat meninggalkan sembahyang bukan dengan tidak sengaja.

  • Sembahyang qadha boleh dilakukan secara berjemaah.

  • Sembahyang qadha yang ditinggalkan dengan sengaja wajib disegerakan dan harus didahulukan daripada sembahyang tunai.

Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan sembahyang shiddatul-khauf
, maka ketika itu walaupun sembahyang ditinggalkan dengan sengaja (sebab peperangan) tetapi tidak dihukumkan berdosa .


2- Qiyas kepada hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

من نام عن صلاة او نسيها فيصل اذا ذكرها

Ertinya: Barangsiapa tertidur atau terlupa untuk sembahyang fardhu, maka hendaklah sembahyang apabila teringat akannya.


Ulasan:

Difahamkan daripada hadis ini,

  • Sembahyang yang tidak sengaja ditinggalkan kerana tertidur atau terlupa, hendaklah diqadha apatah lagi sembahyang yang sengaja ditinggalkan.

  • Sunat menyegerakan qadha sembahyang yang ditinggalkan dengan tidak sengaja.


3- Ijma' keempat-empat mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Maliki, Syafie,

Hanafi dan Hambali atas menghukumkan wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan.



Kesimpulan:

Berdasarkan hadis, qiyas dan ijmak di atas jelas dan patutlah kita mengambil berat membayar hutang-hutang sembahyang sebelum kita mati dan dihisab oleh Allah s.w.t sepertimana tercatat di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ بِالْقَضَاءِ

Ertinya: Bermula hutang Allah Taala itu terlebih berhak ditunaikan.


Sembahyang fardhu yang ditinggalkan adalah sebesar-besar hak Allah Taala yang wajib kita tunaikan, dibandingkan hutang-hutang kita yang lain. Mengapakah kita masih lalai dalam membayar hutang-hutang tersebut. Ingatlah kepada hadis Nabi s.a.w:

اَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِياَمَةِ الصَّلاَةُ .

فَاِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ .

وَاِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ .

Ertinya: Bermula perkara pertama yang dihisab seorang hamba pada hari kiamat itu ialah sembahyang. Maka jika baik sembahyangnya baiklah segala amalnya dan jika binasa sembahyangnya binasalah segala amalnya.


Waktu-waktu diharamkan sembahyang qadha secara sengaja dan berterusan

1. Selepas sembahyang fardhu Subuh sehingga masuk waktu solat Isyrak.

2. Selepas sembahyang fardhu Asar sehingga terbenam matahari (masuk waktu solat Maghrib).

3. Ketika tegak matahari pada selain hari Jumaat.


Adapun ketika di Tanah Haram Mekah dan Madinah harus diqadhakan sembahyang fardhu pada bila-bila masa.


Contoh lafaz niat sembahyang qadha

اُصَلِّىْ فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat qadha kerana Allah Taala.


Bacaan doa qunut pendek

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ يَا غَفُوْرُ وَارْحَمْنِىْ يَا رَحِيْمُ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَباَرَكَ وَسَلَّمَ

Ertinya:

Ya Allah!! ampunkanlah bagiku, Wahai Yang Maha Pengampun, dan rahmatilah aku, Wahai Yang Maha Pengasih.

Ya Allah!! Rahmatilah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan Engkau berkatilah dan sejahterakan ke atas mereka.