KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Selasa, 8 April 2008

KENAPAKAH KITA MESTI SOLAT??


Apakah erti solat?

Pada segi bahasa ia bererti doa atau hubungan. Maka apabila seseorang bersolat bererti dia sedang berdoa dan menghubungkan dirinya kepada Penciptanya yakni Allah swt. seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja bererti dia telah menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt, dia akan dibala di dunia, di dalam kubur dan di akhirat.


5 seksaan di dunia:

1. Dicabut keberkatan umurnya.

2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh pada wajahnya.

3. Dicabut berkat pada rezekinya.

4. Doanya tidak diterima.

5. Tidak mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

3 seksaan ketika mati:

1. Mati dalam keadaan hina.

2. Mati dalam keadaan lapar.

3. Mati dalam keadaan dahaga. Jika diberi minum tujuh lautan, tidak akan hilang hausnya.


3 seksaan di dalam kubur:

1. Kubur akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuk.

2. Digelapkan kuburnya.
3.
Seekor ular besar bernama Syujaul-Akro’ mematuknya.


3 seksaan ketika bertemu Allah:

1. Datang malaikat membawa rantai yang panjangnya 70 hasta. Kemudian diikat tengkuknya dan dimasukkan kemulutnya dan dikeluarkan melalui ponggongnya.

2. Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat.

3. Tidak mendapat keampunan Allah.


Erti solat pada syarak:

Ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat-syarat yang tertentu.

Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang mestilah mengetahui terlebih dahulu rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan sembahyang serta sunat-sunatnya. Jikalau tidak sembahyang yang didirikan ibarat seperti menghadiahkan dayang yang cacat anggota kepada seorang raja. Tentulah sang raja akan murka dan menyiksa orang tersebut.