KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Jumaat, 23 Mei 2008

Sifat semulajadi kehidupan, kita sentiasa dalam 2 keadaan. Di dalam aktiviti yg kita lakukan, seseorang tidak dapat membebaskan diri daripada hal. Kalau ada mana2 aktiviti tanpa hal, maka aktiviti itu akan mati. Sangat mustahak kita memeriksa semua aktiviti yang kita buat dengan hal. Sekarang ini aktiviti kita, kita meletakkan diri kita dalam perhimpunan kenabian. Ini adalah perhimpunan kenabian. Kita di dalam perhimpunan kenabian. Bila kita letak diri kita dalam perhimpunan ini, kita kena duduk dengan 2 keadaan. Khauf dan rojak. Kalau kita duduk di sini tanpa ada mana2 perasaan khauf dan rojak, maka duduk kita ini tidak ada roh . Sangat mustahak!! sangat mustahak!!.. Kerana dalam mana keadaan kita tidak boleh bebas dari 2 keadaan. Kita ada harap, kita ada takut. Kita datang sini kita duduk, kita harap kepada Allah s.w.t supaya Allah terima duduk kita di sini, dan Allah pandang kita, Allah terima amal kita. Dan kita takut Allah tidak terima amal kita. Inilah 2 hal cara memandang, kalau kita pandang dalam keadaan Allah tolak kita, kita takut. Pandang pada sudut Allah terima kita, kita ada harap. Ini 2 keadaan sangat mustahak kita latih setiap masa. Kesemua aktiviti yang kita buat, dalam perhimpunan ini, dalam perhimpunan yang akan besar lagi, bulatan besar, dalam bulatan yang kecil. Kita keluar dari bulatan yang kecil, kita akan pergi pada bulatan yang lebih besar. Bulatan alam. Tidak ada orang yang boleh bebas dari bulatan. Sebab itulah Rasulullah datang, dia buat bulatan. Supaya kita boleh faham bulatan yang lebih besar. Apa yang kita belajar dalam bulatan yang kecil ini supaya kita boleh pakai dalam bulatan yang lebih besar. Bulatan ini telah di hadkan. Jadikita tidak boleh gerak banyak sangat. Kita duduk sahaja. Kita hanya gunakan telinga kita, pemikiran kita, tumpuan kita. Itu semua adalah sangat mustahak dalam hidup kita. Cuba bayangkan kehidupan tanpa tumpuan. Kita tak boleh nak bawa kereta, kita tak boleh nak jalan pun, kerana kita tidak ada tumpuan. Di dalam satu sudut kita duduk ini, semua orang sedang dengar apa yang sheikh cakap, kita tak perasan pun yang kita sedang mempertingkatkan kualiti yang sangat2 penting dalam hidup kita, iaitu tumpuan. Kita tak perasan pun. Dengan hanya semata2 duduk dalam bulatan kenabain kita sedang memajukan kosentrasi kita. Bila kita keluar dari sin, kita tak tahu pun kita sudah ada kualiti tumpuan. Kita tak rasa pun, kita tak tahu pun. Sebab kita tak tahu dan kita tak rasa, maka kita tak sandarkan kepada Allah dan rasul. Kita sandarkan kepada diri kita sendiri. Ooo aku dah khusyuk sekarang.. ooo aku boleh tumpu sekarang.. Jadi sekarang nafsu kita makin besar. Apa sahaja yang kita capai dalam hidup kita, kalau kitatidak sandarkan pada Allah dan rasul maka kita akan sandarkan pada diri kita sendiri. Pada saat kita sandarkan pada diri kita sendiri, nafsu amarah akan ambil kualiti. Semakin banyak, semakin banyak benda baik kita sandarkan pada diri kita maka semakin besar dan gemuklah nafsu amarah kita. Sangat mustahak apa yang kita pandang pada diri kita, apa saja kebaikan yang kita capai, kita kena kembalikan pada Allah dan rasul. Bukan daripada diri kita sendiri. Ini adalah hanya pemberian dari Allah. Kita patut sebut alhamdulillah wasy-syukrulillah.. Kita kena duduk dari Kita kena duduk dengan harap. Kita kena duduk jangan bergerak seperti ada burung atas kepala kita. Burung rahmat. Pada zaman para sahabat, apabila mereka duduk dalam bulatan nabi s.a.w, mereka duduk seolah2 ada burung di atas kepala mereka. Bila kita bergerak, takut nanti burung akan bergerak. Burung akan terbang daripada kita. Dengan makna seolah2 rahmat telah pergi dari kita. Maka kita duduk, jangan bergerak. Kita takut, kalau kita bergerak nanti burung itu akan terbang. Jangan gerak.. jangan gerak.. Kita dalam keadaan takut. Kita nampak seorang budak, bila dia nak tangkap burung atau bila dia nak tangkap belalang, tengok keadaan dia, tengok muka dia. Ada takut di situ, ada harap di situ. Dia harap dia dapat tangkap belalang itu. Ini adalah 2 keadaan bila nak tangkap sesuatu, sama seperti bila nak tangkap rahmat Allah. Kita kena duduk dalam keadaan takut dan harap. Kalau kita duduk tanpa 2 kualiti ini maka kita tak dapat apa2. Kalau kita keluar daripada bulatan ini seperti orang yang sama. Ilmu yang sheikh bagi ini, adalah sangat sedikit tapi sangat senang di faham. Rasulullah boleh berlatihnya. InsyaAllah hati kita akan berubah. Ini adalah adab macam mana cara nak duduk. Banyak kali kita duduk dalam perhimpunan ilmu tapi kita tak tahu cara nak duduk. Walaupun luaran kita duduk, tapi dalam kita tak ada apa2. Dalam kita tak duduk sebab tak ada adab dalam diri kita. Macam mana nak dapat rahmat daripada Allah. Ini sangat mustahak. Sebab itulah kadang2 dengan sebab kelalaian kita itu, kita duduk dan duduk dalam perhimpunan kenabian tapi tak ada apa2 berlaku. Kita nampak perhimpunan ini dan perhimpunan yang lain sama sahaja. Kerana itulah kita jadi bosan, malas dan lemah. Ini adalah 3 kualiti yang akan datang pada kita.
  1. Malas
  2. Bosan
  3. lemah
Ini adalah 3 kualiti yang akan datang pada kita. Tapi kalau kita duduk betul2 dengan harap kepada Allah, jangan gerak.. burung ada atas kepala sekarang ini, dengar betul2, proseskan dalam fikiran kita itu dengan takut dan harap kepada Allah. Kalau sejam kita duduk sini kita akan dapat membangkitkan kualiti tumpuan, kita akan membangkitkan kualiti motivasi dan nafsu amarah kita akan semakin kurus dan kurus, akan menjadi lemah. Bila kita keluar dari tempat ini kita duduk dalam keadaan ini, subhanallah.. kita akan rasa diri kita sudah berbeza sekarang ini. Macam letrik dalam hati kita. Bila kita keluar sana, kita bercakap, kita buat apa saja hal kita sudah berubah. Hidup kita sudah lebih bermakna, pergi mana saja kita rasa seronok sebab Allah bagi kita ketenangan dalam hati kita. Sebab itulah majlis ini adalah majlis yang terbaik. Kita kena rasa gembira duduk di sini. Walau nampak macam terhad tapi banyak rahsia dalamnya. Tanpa had tiada siapa pun boleh dapat kebaikan. Sifat semulajadi kehidupan sentiasa ada had dan perkembangan. Ini adalah 2 keadaan dalam hidup. Kita tidak boleh keluar daripada 2 keadaan ini. Ini adalah semulajadi kehidupan, had dan perkembangan. Menguncup dan mengembang. Ini adalah 2 keadaan dalam hidup. Bila kita dah faham 2 keadaan ini, insyaAllah hidup kita lebih mudah. Tengok jantung kita, bahagian yang sangat mustahak dalam diri kita. Jantung kita akan mengecut, lepas itu dia akan mengembang. Kecut.. kembang.. Mata kita, kembang lepas itu dia kecut balik untuk mendapatkan maklumat. Bila kita tengok apa yang kita tengok dia akan kembang lepas tu dia masuk balik. Itu adalah sifat semulajadi mata kita. Semuanya begitu. Seluruh badan itulah keadaannya. Penguncupan untuk mendapatkan perkembangan. Jadi kalau kita nak perkembangan, perkembangan dari sudut kegembiraan, penguncupan dalam maksud tidak gembira. Dua keadaan ini bukan untuk keadaan itu sendiri. Pada hakikatnya kita ada had, bukan untuk had tetapi sebenarnya adalah untuk perkembangan. Cuba tengok bila kita berjalan, bila kita berjalan sedikit, sangat sedikit seolah2 kita tak boleh nak pergi jauh. Ada had di situ. Tapi dalam had itu ada perkembangan untuk kita pergi jauh. Dalam penguncupan itu ada perkembangan di situ. Inilah kefahaman yang kita dapat, hidup, hayat, had dan perkembangan. Tengok sembahyang kita, bila kita masuk dalam sembahyang, kita sebut "Allahu Akbar" segala2 sudah terhad sekarang. Ada benda yang tak boleh buat, ada benda yang boleh buat. Kita sudah di hadkan. Bila kita patuh had itu, bila kita bagi salam sekarang sudah dikembangkan. Dalam had itu tadi kita sedang membangkitkan satu benda yang mustahak dalam hidup kita. Sebab itu dalam sembahyang