KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Khamis, 24 Julai 2008

Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Ketika Azan




1- Sabda Nabi s.a.w: Barangsiapa mendengar azan lalu mengucup kedua ibu jari tangannya dan dihantarkan kedua ibu jarinya ke atas dua matanya sambil berkata,

مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ اَعْيُنِنَ بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ



2- Dalam hadis riwayat Bukhari yang lain: Bersabda ia, barangsiapa mendengar namaku pada azan dan menghantarkan ia kedua ibu jarinya ke atas dua matanya,lalu membaca doa ini maka akulah yang menuntut akannya pada hari kiamat iaitu
:

يَا بَصِيْرًا بِلاِ حَدَقَةٍ اِحْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْ هُمَا


3- Atau dibaca seperti riwayat Nabi Khidir a.s:

مَرْحَبًا بِكَ يَا حَبِيْبِيْ وَقُرَّةَ عَيْنِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ


Kesimpulan bagi mengamalkan ketiga-tiga riwayat ini, sunatlah seseorang membaca kesemuanya sekali yakn setelah mengucup dua kuku ibu jarinya, disapu dimatanya sambil membaca:

مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ اَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

مَرْحَبًا بِكَ يَا حَبِيْبِيْ وَقُرَّةَ عَيْنِيْ يَا رَسُوْلَ اللهِ

يَا بَصِيْرًا بِلاِ حَدَقَةٍ اِحْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْ هُمَا


4- Sunat tarji’ yakni mengulang kalimah syahadah secara perlahan (sir) sebelum membaca dengan kuat. Cara bacaan tarji’ sama sperti bacaan di dalam azan:


اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ

اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله ِ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ


Membaca selawat selepas azan:

اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا حَبِيْبَ اللهِ

اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ - عَلَيْكَ وَعَلَى اَلِكَ وَاَصْحَابِكَ اَجْمَعِيْنَ

اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ – عَلَيْكَ يَا مَنْ اَرْسَلَهُ اللهُ تَعَالَى رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ

اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ - يَا اَنْبِيَاءَ اللهِ

قَالَ النَّبِيْ ( ص ) اِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُوْلُ ثُمَّ صَلُّوْا عَلَيَّ


Sabda Nabi s.a.w: Apabila kamu mendengar muazzin, maka sebutlah seumpamanya kemudian berselawatlah kamu ke atasku. (hadis riwayat Muslim).