KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Selasa, 26 Ogos 2008

HIKMAH BULAN RAMADHAN



Hak Pemilikan Tuhan Yang Maha Besar




Salah-satu daripada misal bagi hikmah berpuasa daripada sudut memandang Hak Pemilikan Tuhan Yang Maha Besar ialah seperti berikut:


Allah Yang Maha Besar telah mencipta permukaan bumi ini dalam bentuk sebuah meja yang dipenuhi pelbagai macam hadiah pemberian dan telah disusun di atas meja tersebut segala macam nikmat pemberian itu dalam bentuk:

مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ

Surah At-Talak - ayat 65

Ertinya: Daripada sekira-kira tempat yang dia tidak sangka.


Melalui cara ini (yakni tidak disangka-sangka) Dia telah menyatakan kesempurnaan hak pemilikanNya. Manusia tidak mampu untuk melihat dengan jelas realiti (hakikat) keadaan ini ketika masih tinggal di dalam alam asbab dan musabab, tambahan lagi duduk di bawah hijab kelalaian, maka akibatnya mereka terkadang-kadang terlupa akan hakikat ini.


Walau bagaimanapun dalam bulan Ramadan manusia-manusia yang beriman tiba-tiba menjadi seolah-olah sepasukan tentera yang tersusun rapi. Ketika matahari mula terbenam, mereka akan menonjolkan sikap beribadah seolah-olah mereka telah dijemput ke majlis upacara makan malam bersama “Sang Raja Yang Tiada Permulaan”.


Mereka semua sedang menunggu arahan “Silakanlah makan dan layanlah diri masing-masing”. Mereka memberi respon (menanggapi) terhadap kasih sayang serta saat yang diraikan dan kasihan belas yang menyeluruh (daripada Tuhan) dengan ibadah yang lengkap serta penuh penghormatan dan ketertiban.


Adakah anda berpendapat mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam ibadah yang sangat terbilang dan pemberian nikmat yang agung ini layak di panggil manusia?.


Kesyukuran terhadap pemberian nikmat daripada Tuhan


Salah satu misal memahamkan hikmah berpuasa pada bulan Ramadan yang diberkati yakni pada sudut bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan adalah seperti berikut:


Harga perlu dibayar untuk makanan yang dibawa oleh seorang pelayan yang membawa makanan daripada dapur di-Raja. tetapi memberi tip (saguhati)kepada pelayan tersebut serta menganggap nikmat pemberian yang tak terhingga nilainya itu sebagai tidak bernilai serta tidak kenal siapakah sebenarnya yang memberi nikmat tersebut adalah kebodohan yang sangat besar.


Tuhan Yang Maha Besar telah menaburkan sekian banyak jenis nikmat di atas permukaan bumi ini untuk manusia, sebagai balasan Dia mahukan kita bersyukur sebagai bayaran harga nikmat pemberian tersebut.


Sebab-sebab yang zahir (luaran semata-mata hakikatnya bukan) dan seolah-olah pemilik itu samalah seperti pelayan pembawa makanan tersebut. Kita bayar harga tertentu kepada mereka dan berasa terhutang kepada mereka padahal mereka tidak layak atau patut untuk menerima nya ,mereka telah menerima penghormatan dan terima kasih yang berlebihan padahal Pemberi nikmat yang sebenarnya adalah tidak terhitung lagi lebih layak menerima terima kasih tersebut berbanding sebab-sebab luaran yang hakikatnya hanyalah wasilah (jalan) mendapatkan nikmat tersebut. Untuk berterima kasih kepadaNya adalah dengan melihat nikmat pemberian itu datang langsung daripada Dia (Pencipta) serta menghargai nilainya dan memahami keperluan seseorang terhadap pemberian tersebut.


Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah kunci kepada kebenaran, keikhlasan dan kesyukuran yang meliputi segala sesuatu. Ini disebabkan pada waktu-waktu yang lain sepanjang tahun, mereka yang tidak hidup di dalam keadaan yang susah tidak menyedari nilai kebanyakan nikmat-nikmat pemberian Tuhan disebabkan mereka tidak merasai pengalaman lapar yang sebenar.


Mereka yang perutnya sentiasa penuh, lebih-lebih lagi mereka yang kaya tidak akan memahami nilai nikmat yang ada di dalam sekeping roti kering. Akan tetapi apabila sampai waktu berbuka puasa, deria rasa membuktikan bahawa roti kering tersebut merupakan nikmat pemberian Tuhan yang sangat bernilai.


Disepanjang Ramadhan, tiap-tiap manusia daripada Raja hinggalah mereka yang tiada mempunyai wang ataupun jalan untuk menyara kehidupan mereka akan menzahirkan suatu bentuk kesyukuran melalui kefahaman terhadap nilai nikmat-nikmat pemberian Tuhan tersebut.


Tambahan pula memandangkan makan adalah dilarang sepanjang hari, mereka akan mula berkata:

“Nikmat-nikmat ini sebenarnya bukanlah kepunyaanku. Aku tidak bebas memakannya kerana ianya adalah hak dan pemberian orang lain, maka aku sabar menunggu perintahNya”. Mereka mula melihat nikmat pemberian sebagai pemberian dan hasilnya mereka akan mula bersyukur.


Kesimpulan:

Berpuasa dengan cara ini, dalam banyak aspek adalah merupakan kunci kepada mensyukuri nikmat, sedangkan kesyukuran adalah tugas asasi manusia.