KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Selasa, 26 Ogos 2008

WAHAI YANG KEKAL! ENGKAULAH YANG KEKAL!


Emosi dan keseronokan rohani telah dicampur di dalam pelajaran ini kepada satu tahap, dan memandangkan keseronokan dan kebahagiaan yang tidak terbendung ini tidak lagi memerhatikan prinsip-prinsip akal dan timbangan pemikiran, dan ia juga tidak mematuhi kepada prinsip-prinsip tersebut. Maka ia (emosi dan keseronokn rohani) tidak sepatutnya ditimbang dengan menggunakan timbangan logika akal.

كُلُّ شَيْئٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

Surah Al-Qasas – ayat 88.

Ertinya: Tiap-tiap sesuatu itu binasa kecuali ZatNya, kepunyaanNya hak menghukum dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.


Dua rangkap ini yakniيَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى * يَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى (Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal * Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal) menerangkan makna ayat yang di atas dan juga menyatakan dua kebenaran yang mustahak. Kerana inilah sebahagian daripada syeikh-syeikh tariqat Naqshabandi telah menjadikan ia sebagai doa yang istimewa dengan mengulang-ngulang dua rangkap di atas di dalam bentuk doa naqshi yang ringkas tetapi jelas. Memandangkan dua rangkap ini menerangkan makna ayat Al-Quran yang hebat ini, maka kami akan menerangkan beberapa perkara yang berkenaan dengan kebenaran makna yang mustahak yang ia nyatakan.


Perkara Pertama


Pertama kali يَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى * يَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى (Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal!) ini diucapkan ianya seumpama satu pembedahan surgeri (menggunakan pisau yang tajam) telah dijalankan. Ianya memutus dan mengasingkan hati daripada segala sesuatu selain Allah. Ianya adalah seperti berikut:


Pada sudut keseluruhan fitrah manusia, manusia adalah berhubung kait dengan hampir segala sesuatu yang wujud. Dan tambahan lagi, satu keupayaan untuk mencintai yang tidak terbatas telah turut dicipta di dalam kejadian asal manusia. Disebabkan alasan-alasan inilah manusia menumpukan dan mengembangkan kasihnya terhadap segala sesuatu.


Sepertimana dia kasih kepada dunia yang sangat besar ini seolah-olah ianya adalah sebuah rumah, begitulah juga dia kasih kepada syurga yang kekal abadi seolah-olah ianya sebuah taman. Walau bagaimanapun segala sesuatu yang dia kasih itu tidak terhenti (kekal wujudnya), ianya akan berpisah dan dia akan berterusan merasai kesengsaraan sakit akibat perpisahan itu.


Sifat kasih yang tiada terbatas kepunyaannya itu akan menjadi jalan kepada penyiksaan yang tiada terhad. Balasan kesengsaraan yang dirasai adalah berpunca daripada dirinya sendiri kerana kemampuan mengasihi yang tidak terbatas di dalam hatinya telah diberikan kepadanya supaya dia dapat arahkan ia terhadap Tuhan yang memiliki kecantikan yang tidak terhingga dan tiada habisnya.


Dengan menyalahgunakannya dan memakai ia terhadap sesuatu yang bersifat sementara, dia telah melakukan kesalahan dan menderita hukuman terhadap tindakannya melalui sakitnya perpisahan.


Maka kali pertama dia mengucapkan يَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى * يَا بَاقِى اَنْتَ الْباَقِى (Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal * Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal) ianya akan mengeluarkan dan memisahkan segala pertautan-pertautan hatinya terhadap segala sesuatu yang bersifat sementara. Dia akan meninggalkan objek-objek kasih tersebut sebelum mereka meninggalkannya, maka dengan itu dia akan bebas daripada kesalahannya. Dia akan mengisytiharkan cinta yang dia ada itu tertentu untuk Kekasihnya Yang Kekal dan dia akan menyatakan makna ini:


“Yang benar-benar Kekal hanyalah Engkau! segala sesuatu selainMu hanyalah bersifat sementara (akan binasa.) Sesuatu yang bersifat sementara sudah tentu tidak mungkin menjadi objek yang mengikat hatiku dimana hatiku telah dicipta untuk cinta yang abadi, kasih yang berkekalan daripada awal yang tiada mula dan akhir yang tiada kesudahan (selama-lamanya)”.


Memandangkan kekasih-kekasih yang begitu banyak hanyalah bersifat sementara dan mereka akan meninggalkan aku dan akan berpisah maka sebelum mereka berbuat begitu aku isytiharkan Engkaulah Yang Kekal!, aku akan tinggalkan mereka. Hanya Engkaulah yang akan kekal selama-lamanya dan aku percaya segala sesuatu hanya akan menjadi kekal apabila Engkau menjadikan mereka begitu (kekal). Dengan pengertian yang lain mereka patut dicintai dengan cintaMu, sebaliknya (jikalau mereka tidak dicintai dengan cintaMu) mereka tidak layak menjadi tempat pertautan hati.


Dalam keadaan ini hati manusia akan meninggalkan (tidak lagi ingin berpaut) sekelian banyak objek-objek cinta; kerana melihat tanda sifat kesementaraan yang ada pada kecantikan dan keelokan mereka. Dia akan memutuskan segala ikatan hati terhadap mereka. Jikalau ini tidak memutuskannya, dia akan menderita segala luka-luka yakni sebanyak mana kekasih-kekasih yang hatinya terpaut kepadanya.


Rangkap kedua Wahai Yang Kekal! Engkaulah Yang Kekal, kedua-duanya menghilangkan kesakitan dan menyembuhkan luka-luka tersebut. Iaitu pengertian “Wahai Yang Kekal!, memandangkan Engkaulah Yang Kekal nescaya memadalah Engkau mengambil tempat segala sesuatu. Memandangkan Engkau wujud maka segala sesuatu pun wujud.


Ya, kecantikan, kenikmatan dan kesempurnaan di dalam segala sesuatu yang menjadi sebab seseorang jatuh cinta, secara umumnya adalah tanda-tanda yang menunjukkan kecantikan, kenikmatan, segala kesempurnaan milik Tuhan Yang Kekal abadi, dan melalui hijab-hijab yang banyak adalah bayang-bayang pudar daripadanya yakni kecantikan, kenikmatan dan kesempurnaan hakiki milik Tuhan. Sungguh mereka adalah bayang-bayang terhadap bayang-bayang tajalli nama-nama Tuhan Yang Sangat Cantik.