KULIAH MINGGUAN USTAZ SOFAN


Isnin mlm selasa - slps maghrib - msjd bandar baru senawang - pelita pnntut & sirajul huda


Rabu mlm khamis mggu 1 & 3 & 5 - slps maghrib - msjd ampangan - ktb simarul jannah


Rabu mlm khamis mggu 2 & 4 - slps maghrib - s.tmn rashibah indah - tajul arus


Jumaat mggu 4 - slps maghrib - surau pinggiran snwg - ktb ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 1 & 3 - kuliah subuh - surau jiboi - ringkasan aqidah ahli sunnah wal jamaah


Sabtu mggu 2 - kuliah subuh - surau tmn bukti - ktb
minhajul abidin & munyatul musolli


Sabtu mggu 2 & 4 (9 pg) - msjd negeri - ktb ahli sunnah wal jamaah & smbhyg jemaah


Sabtu mggu 1 & 3 ( 9 pg) - s.rasah kemayan - ktb ahli sunnah wal jamaah & penawar hati


Ahad mlm isnin - slps maghrib - surau tmn bukti - ktb minhajul abidin & munyatul musolli


DI MANAKAH ALLAH?

BERAPAKAH SIFAT WAJIB BAGI ALLAH??

Ahad, 25 Januari 2009

Sheikh Hamza Yusuf - Guidance


Sheikh Hamza Yusuf was a talented and gifted given by Allah s.w.t to articulate the knowledge of Islam in a suitable approch of this age but still mantain the traditional way of understanding Islam according to the Quran and sunnah of the prophet s.a.w.



Jumaat, 23 Januari 2009

IS THERE ROOM FOR MUSIC IN ISLAM??



Some Muslims believe music is "haram," forbidden in Shariah Law, but one East London Sheikh believes Sufi music can be a passage to God.

The use of music in Islam is not as obvious as it appears in most other religions. Buoyant choirs, classical instruments and ceremonial processions do not accompany prayers as they do in many eastern faiths for example.


This could be due to the fact many Muslims interpret the use of melody and musical instruments as "haram" or forbidden in Islam. Some believe the Hadeeth scripture (words of the Prophet) states that the sounds of bells, in particular, have the devil behind them.


Other reservations include the belief that there is only one possible way to reach God, and that would be on judgement day. However, Sufis believe it is possible to reach God during ones life and that’s through musical meditation.


Sheikh Aleey At-Tohiri


However, Sheikh Aleey, a Malaysian priest based in East London says there is room for music in Islam and that you need to have an understanding of its relevance. He says: -

“We are living in an age of confusion, a very complicated age where people have diverted from their own tradition, they may understand the tradition that they have, but not at its core… people tend to focus on the literal and not beyond literal. …They have a shallow understanding of that aspect.”


"Music is behind life and rules of life, from music springs all life. The whole of creation exists in rhythm."

Hazrat Inayet Khan, Renown Sufi Musician


On Thursday evenings in Leyton, many devout Muslims get together for “Dhikr.” A session whereby the group chant recitations from the Qu’ran and also sing "Naseeds" or praises of the Prophet. Nazia Abbasi attends the Sheikh's sermons and Dhikr regularly, she says the sessions help her to pray. Nazia Abbassi says:


“The recitation of the Dhikr has helped me to focus more internally. It has allowed me to meditate and think about the state of my heart and mind. The advice and Dhikr from the Sheikh has allowed me to become more compassionate towards everyone.”


The Sheikh and his followers are amongst a growing group in the West to appreciate the sounds of Sufi Musicians. Perhaps more so, since being popularised by artists such as the late Ustad Nusret Fateh Ali Khan and currently the likes of Abida Parveen. Historically, Hazrat Inayet Khan and poet Jalaluddin Rumi first drew attention to this mystic tradition.

The Sufi Daf


The ‘daf’ a deep sounding bass drum appears to be the only instrument used in Islamic music. Many artists believe the sound of the daf simulates the sound of a heart beat.


Selasa, 20 Januari 2009

SOLAT MUSAFIR


Harus bagi seorang yang bermusafir panjang mengqasarkan (memendekkan) sembahyangnya atau menjamakkan (menghimpunkan) di antara dua sembahyangnya dengan beberapa syarat.

Safar yang panjang menurut masa ialah:-

1- Perjalanan selama 2 malam atau
2-
perjalanan 2 hari (siang) yang pertengahan panjang atau
3-
perjalanan sehari semalam dengan menaiki unta yang membawa barang2 berat.

e

Safar yang panjang menurut jarak ialah:-

2 marhalah bersamaan 4 barid. Seperti yang tercatat di dalam hadis Bukhari.

وَكاَنَ اِبْنُ عُمَرَ وَاِبْنُ عَباَّسٍ يُفْطِرَانِ وَيَقْصِرَانِ فِى اَرْبَعَةِ بُرُدٍٍ

Ertinya: Adalah Ibnu Umar dan Ibnu Abbas yang berbuka puasalah keduanya dan yang mengqasarkan sembahyang apabila perjalanan itu sejauh 4 barid.


Kiraan asal

4 barid = 16 farsakh.

1 farsakh = 3 batu hashimi.

4 barid = 16 X 3 = 48 mil hashimi.

1 mil hashimi = 4 000 tapak kaki unta / 6 000 hasta.


Kiraan moden

48 mil hashimi = 85 km 140 m.

Tetapi ukuran muktamad ialah 91 km.


- Perjalanan musafir juga dinamakan MASAFAH QASAR iaitu permulaan seseorang boleh berniat solat qasar / jamak dihitung daripada melewati sempadan daerah tempat tinggalnya. Seperti seorang yang tinggal di Rasah Kemayan mestilah keluar daripada kawasan Rasah Kemayan sebelum masuk waktu Zohor bagi membolehkan dia mengqasar solat zohor atau menjamakkan solat Zohor dengan Asar.


- Jarak perjalanan diukur daripada permulaan niat yang jazam (putus, tidak berbolak balik atau ragu-ragu). Bukan dikira daripada permulaan musafir. Contohnya:

Ahmad keluar dari rumahnya di Seremban untuk pergi ke Tampin (48 km). Sampai di Tampin, dia berniat pula hendak ke Muar. Maka Ahmad tidak boleh mengerjakan solat jamak / qasar kerana jarak daripada Tampin ke Muar tidak sampai 2 marhalah. Walaupun jarak antara Seremban ke Muar melebihi 91 km.


- Putuslah safar seseorang apabila dia sampai di sempadan daerah tempat tinggalnya (bermustautin) sekalipun dia hanya lalu sahaja atau kerana sesuatu hajat.


- Termasuk dalam erti kata “tempat mustautin” ialah rumah orang yang bakal dia warisi hartanya misalnya, rumah isterinya dan rumah ibu bapanya. Misalnya:

Ahmad pulang ke kampung (rumah ibu bapanya) di Kampung Bongek, Rembau. Apabila Ahmad sampai di kawasan kampung Bongek, putuslah safarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat jamak / qasar.


- Safar juga putus apabila seseorang itu berhenti dalam perjalanannya lalu berniat hendak pulang ke tempat tinggalnya (berpatah balik). Jika dia berniat hendak pulang itu di dalam kenderaan yang sedang bergerak maka safarnya tidak putus.


- Safar juga putus apabila seseorang sampai ke tempat yang dituju lalu berniat berhenti semata-mata tanpa dikaitkan dengan sebarang masa.


- Ataupun dia berniat hendak tinggal (bermukim) selama 4 hari (tidak termasuk hari sampai dan hari pulang). Contohnya:

Ahmad niat hendak berkursus di bandar Tawau, Sabah. Apabila sampai sahaja di tempat tujuannya (Tawau) maka putuslah safarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat jamak / qasar. Tetapi jika niatnya tinggal di Tawau kurang dari 4 hari (tidak termasuk hari sampai dan hari pulang) maka harus bagi Ahmad mengerjakan solat jamak / qasar.


- Safar juga putus apabila seseorang singgah di suatu tempat selama 4 hari tanpa berniat mukim bagi menyelesaikan sesuatu hajat ataupun dia mengetahui urusannya hanya akan selesai melebihi 4 hari.


- Sekiranya seseorang mengharapkan urusannya akan selesai dalam tempoh sehari dua (kurang 4 hari), tetapi urusannya tidak selesai maka bolehlah dia mengerjakan solat jamak / qasar selama 18 hari sepanjang menunggu urusannya selesai.


Tujuan safar

Tujuan safar mestilah tujuan yang harus pada syarak, bukan maksiat. Seperti bermusafir untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Tetapi jika maksiat itu berlaku di dalam perjalanan, sedangkan tujuannya baik maka harus solat jamak / qasar.

Niat musafir terbahagi 2:-

1- Mustaqil

Iaitu niat seorang musafir yang terasing sendiri. Tidak boleh menumpang niat orang lain. Seperti seorang suami yang bermusafir bersama isterinya / ketua rombongan dengan rombongannya.

2- Ghairu Mustaqil

Ialah seorang musafir yang boleh menumpang niat orang lain sekiranya dia terlupa niat. Seperti isteri boleh menumpang niat suami. Ahli rombongan boleh menumpang niat ketua rombongan.


** Haram atas orang yang wajib jumaat bermusafir pada hari Jumaat setelah terbit fajar jikalau dzan ia tidak dapat mengerjakan solat jumaat di dalam perjalanan atau di tempat tujuan kecuali jika takut ditinggal kawan-kawan dan mengakibatkan mudarat.


** Makruh bermusafir pada malam Jumaat kerana hadis Nabi s.a.w:

“Barangsiapa bermusafir pada malam Jumaat, mendoalah oleh 2 orang malaikat baginya agar Allah tidak menjayakan musafirnya dan tidak menolong di atas menunaikan hajatnya”.


SYARAT-SYARAT QASAR (MEMENDEKKAN)

1. Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah sembahyang fardhu 4 rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak, samada sembahyang itu tunai atau qadha. Sembahyang fardhu yang ditinggalkan semasa bermusafir apabila diqadha, harus diqasar dengan syarat mengqadha itu di dalam musafir.

2. Mengetahui tempat yang dituju.

Tidak harus orang yang haim (yang tidak tahu tempat yang dituju sekalipun melebihi 91 km) mengerjakan solat jamak / qasar.

Tidak harus isteri atau ahli rombongan yang tidak tahu tempat tujuan suaminya atau ketua rombongan mengerjakan solat jamak / qasar melainkan apabila sudah sampai perjalanan itu 2 marhalah / lebih.

3. Mengetahui hukum harus mengqasar sembahyang.

4. Tidak sah mengikut orang yang sembahyang tamam walaupun pada tasyahud akhir, sekalipun imam itu orang musafir.

5. Tidak mengikut orang yang diragukan sedang bermusafir. Tetapi jika dia mengikut orang yang diyakini sedang bermusafir lalu dia pun berniat qasar, tiba-tiba imam yang musafir itu sembahyang tamam maka hendaklah di tamamkan sembahyangnya juga.

6- Niat qasar mestilah di dalam takbiratul-ihram.

Misal 1:

اُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا / مَقْصُوْرَةً

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar.

Misal 2:

اُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat.

7. Hendaklah kekal perjalanan dari mula takbiratul-ihram hingga salam pertama.


SYARAT-SYARAT JAMAK (MENGHIMPUNKAN)

Sembahyang yang boleh dijamakkan ialah Zohor dengan Asar & Maghrib dengan Isyak. Cara-cara mengerjakan solat jamak ada 2:-

1- Jamak Taqdim

Menghimpunkan sembahyang kedua di dalam waktu sembahyang pertama iaitu menghimpunkan solat Asar di dalam waktu Zohor atau menghimpunkan solat Isyak di dalam waktu Maghrib.

2- Jamak Takhir

Menghimpunkan sembahyang pertama di dalam waktu sembahyang kedua iaitu menghimpunkan solat Zohor di dalam waktu Asar atau menghimpunkan solat Maghrib di dalam waktu Isyak.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Wajib mendahulukan sembahyang empunya waktu kerana sembahyang kedua itu mengikut bagi sembahyang pertama. Jika sengaja mendahulukan sembahyang kedua maka batal sembahyang kedua. Adapun jika terlupa atau jahil maka sembahyangnya itu jadi sunat mutlak.

2. Berniat jamak di dalam sembahyang yang empunya waktu yakni bila-bila masa di dalam sembahyang pertama sekalipun ketika memberi salam yang pertama. Misalnya diniatkan di dalam hati “aku himpunkan sembahyang Asar di dalam waktu Zohor…”.

3- Muwalat

Ertinya berturut-turut antara dua sembahyang tersebut. Sekiranya diselangi dengan sedikit masa (kadar solat sunat 2 rakaat) tidak mengapa. Tetapi jika diselangi dengan sesuatu yang berkaitan dengan solat seperti mengambil wuduk atau ketika azan maka tidak membatalkan muwalat.

4- Kekal safarnya daripada mula sembahyang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram sembahyang kedua.

5- Sembahyang pertama itu bukan sembahyang yang wajib diqadha.


** Sembahynag Asar juga boleh dijamakkan kepada sembahyang Jumaat atas jalan qias kepada sembahyang Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAKHIR

1. Berniat jamak sebelum habis waktu sembahyang pertama sekurang-kurang waktu berniat itu memadai untuk solat fardhu tersebut.

2- Kekal safar hingga sempurna sembahyang kedua.

3. Tidak disyaratkan tertib pada jamak takhir iaitu mendahulukan sembahyang pertama daripada sembahyang kedua bahkan sunat sahaja. Misalnya sunat didahulukan solot Zohor daripada solat Asar.

4. Tidak disyaratkan muwalat antara dua sembahyang bahkan sunat sahaja. Makruh jika dilambatkan sembahyang kedua daripada sembahyang pertama.


Sembahyang jamak boleh dilakukan dengan beberapa cara:-

1. Zohor & Asar = 4 + 4 / 2 + 2 / 4 + 2 / 2 + 4 rakaat.

2. Maghrib & Isyak = 3 + 4 / 3 + 2 / 4 + 3 / 2 + 3 rakaat.